Pages

Jumaat, 14 September 2012

Kamera DSLR Pertama

Ha,.. Nak diceritakan tentang kamera. Memang dah lama mengidam DSLR ni. Sekian lama dapat juga aku beli Nikon D3100 ni.  Sesuaila untuk aku yang baru nak berjinak jinak dengan kamera ni. Kamera ni ada auto dengan manual. Jadi senangla nak guna. Kalau malas guna je mode Auto, habis cerita. Tapi aku puas hatila dengan kamera ni. Selain boleh tangkap gambar boleh juga rakam video.Ni je yang mampu beli buat masa ni. Ada member bolehla aku join team. Apapun bek aku guna kamera ni dulu bagi pandai. hahahaha lawak-lawak. Mula-mula dapat kamera ni rasa macam beriya jer.. padahal bukan apa pon, Asal petang jer nak pergi keluar untuk photoshoot. Aku letak sekali gambar yang aku mula-mula tangkap pakai kamera ni. Nak edit-edit sikit pakai picasa pandaila. Pakai adopt photoshop tak pandai. Banyak kene belajar ni. Apapun takpela ni la hobi di masa lapang aku. I love my Nikon D3100.


Ini gambar aku tangkap dekat kawasan Jeti di Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah Klang. Time aku tangkap ni Air Laut Tengah pasang. Tempat nila Shah Jazle dengan Nur Fathia berlakon dalam drama Seruling Cintaku. OK tak gambar ni?


Gambar ni aku tangkap dekat Jabatan Laut, Pulau Indah,Klang. Time shoot pic ni, time senja. Cuaca baik sangat. Entah apa yang aku suka dengan gambar ni pon tak tau. Mungkin sebab view tiang tiang tu kot. Hahaha. Inilah 2 pic yang aku dapat tunjukkan. Hari pertama guna kamera ni aku dah shoot 328 kali. Bukan main banyak. Tapi hasilnya adala dalam 30 lebih gambar yang cantik. Setakat ini sahaja untuk post kali ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih ;)