Pages

Sabtu, 15 September 2012

My Favourite Club - CHELSEA -

Entri harini ialah tentang kelab bola sepak kesukaan aku, tak lain tak bukan Chelsea atau diberikan nama jolokan The Blues.  Peningkatan kelab ini memang banyak sekali. Tahun lepas menang Piala FA dengan UEFA Champion League. Tak banyak orang yang sokong kelab ini tapi nak buat macam mana aku suka kelab ini. Kelab ini sekarang dimiliki oleh Roman Abrahamovic dibawah pengurusan Roberto Di Matteo (RDM). Kelab ini mengamalkan corak bertahan dan menyerang apabila counter attack. Selepas pemergian Drogba, jentera serangan diisi oleh Torres. Buat masa ini Chelsea ditonggak liga setelah mencipta 3 kemenangan dan memperoleh 9 mata. Aku memang kaki bola.  Kalau Chelsea lawan tak sah kalau tak tengok. Malam ni Chelsea akan berkunjung  menentang QPR pada pukul 10 malam. Harap - harap la menang.



Jika menang Chelsea akan mengekalkan rekod tanpa kalah dan kekal di puncak liga. Kelab ini yang akan aku sokong samapai bila bila. Walaupun tak banyak yang menyokong tetapi kelab ini adalah yang terbaik pada tahun lepas dan aku harap pada tahun ini akan mengekalkan prestasinya.


Ini jersi home Chelsea. Jersi ni aku dah beli dah. Smart bila pakainya. Warna Biru Emas. Jersi ini dinamakan Jersi Champions semperna kemenangan pertama UEFA Champion League.

Ini Jersi away pertama Chelsea. Ada 2 jersi untuk Away game. Tahun ini jersi Chelsea memang smartla. Masih mencari jersi ini untuk koleksi. hahaha.


Ha yang ni 3rd kit Chelsea. Inilah jersi yang aku paling minat. Tapi susah nak cari sebab baru lagi launch. Harap harap dapat la aku kumpul tiga tiga jersi ni. Ada yang minat Chelsea?? Chelsea for Life. The Blues.


0 ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih ;)