Sabtu, 15 September 2012

Rezeki



Apa yang dimaksudkan dengan rezeki? Apapun ianya adalah pemberian dari Allah. Setiap manusia ada rezeki masing masing. Setiap manusia yang dilahirkan telah dituliskan untuknya Ajal dan Maut, Jodoh dan Rezekinya. Banyak pengertian yang berkaitan dengan rezeki. Adakah rezeki itu duit semata? Tidak sama sekali. Duit atau harta adalah salah satunya. Akan tetapi bukan setiap insan dapat memiliki semuanya. Tapi ingat Allah itu Maha Besar dan Penyayang. Ada manusia yang kaya raya tetapi hidupnya tak tenang, tiada kasih sayang, tiada anak.


Kita lihat orang kaya mereka mempunyai banyak harta kekayaan akan tetapi tidak mempunyai banyak anak. Begitulah sebaliknya. Ada yang kaya tetapi Keluarga tidak bahagia. Oleh itu, jika kita kaya ataupun miskin masing masing ada kelebihan dan rezeki sendiri. Jangan mengeluh, Allah s.w.t tidak kejam kepada hambanya.


Oleh itu kita mestilah selalu berdoa kepadaNya.  Cari kerja yang halal dan diberkati Allah. Bagaimana jika kamu masih mencari kerja tetapi masih belum dapat? Teruskan mencari dan berdoa. Jangan mengeluh. Allah sedang menduga kita. Allah beri dugaan kepada kita supaya kita ingat kembali kepadaNya. Itulah tanda kasih Allah kepada hambaNya. Allah tidak akan memberikan dugaan yang tidak dapat ditanggung oleh hambanya. Jadi ingat Allah sedang menguji kita.


Masih banyak orang yang menyayangi kamu seperti Nabi Muhammad S.A.W, keluarga, rakan dan teman. Ingat jika tiada orang menyayangi kamu ingat Allah itu ada. Walaupun apa kesusahan bagi kamu memperoleh rezeki adalah dugaan kepada kamu. Kadangkala dugaan begini mendekankat kita kepadaNya dan membuatkan ita lebih menghargai. Setiap orang mempunyai kelebihan masing masing. Apa pun kita semua mesti selalu ingat kepadaNya. Wassalam..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih ;)