Pages

Sabtu, 17 November 2012

CERITA SELEPAS SOLAT JUMAAT SEMALAM

Hari ini aku nak cerita tentang kisah semalam. Alkisah, Semalam selepas solat jumaat, memandangkan jam baru pukul 1.50 petang, lambat lagi waktu rehat sampai 2.30 petang. Aku dan temanku Elias duduk di perkarangan masjid. Tengah kami berbual bual. Datang satu hamba Allah, dari kumpulan tabligh kepada kami.

Beliau menghulurkan salam berjabat tangan sambil memberikan salam. Kemudian beliau memperkenalkan diri beliau. Beliau berumur 26 tahun dari sungai petani. Selepas itu, Beliau tanya nama kami dan sekolah dari mana. Beliau memberitahu kami apa sebab beliau masuk dalam kumpulan ini. Beliau berkata dia nak belajar cara untuk berpesan dan menyampaikan ilmu kepada umat Islam. Aku dan rakanku hanya diam mendengar.

Tujuan dia masuk kedalam jemaah ini salah satunya adalah untuk mengimarahkan (menghidupkan) masjid 24 jam. Selepas itu beliau bertanya kepada kami. "Tempat kerja kamu 24 jam operasi ke?". Elias jawab, "ya". Kemudian dia menyambung, sekarang KFC 24jam, McD 24 jam, Kilang operasi 24 jam, stesen minyak 24 jam dan yang tentu 24 jam ialah 7 Eleven. "Mengapa masjid tidak boleh hidup 24 jam.". Dia bertanya kepada kami. Aku terdiam tak boleh menjawab. Kalau korang kene tanya pun susah nak jawab punya...gerenti..

Kemudian dia menyambung tentang bab keberkatan dalam hidup khususnya dalam rezeki. Dia menceritakan tentang kawannya yang bergaji 6 ribu sebulan tetapi tetap mengeluh tak cukup.Orang dulu kerja kampung boleh besarkan anak dan tunaikan haji. Dunia sekarang bertuhankan duit. Aku fikir , betul jugak. Banyak dah aku lihat tentang orang gaji besar tetap mengeluh tak cukup. Memang tak terletak pada jumlah, tapi pada keberkatannya. Serba sedikit ada jugak penghayatan hari jumaat ni walaupun sedikit.

Letakkan dan sematkan hati semuanya dari Allah. Yakin kepadaNya. Mesti ada jalan. Biar sedikit tetapi berkat. Baru rasa nikmat dan keindahannya. Alhamdulillah untuk hari Jumaat ini..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih ;)