Rabu, 21 November 2012

Apa Nak Jadi?? Harimau Malaya!!!


Aduhai sekarang musim hujan. Hari-hari balik kena hujan. Entri hari ini adalah tentang dimanakah letaknya pasukan bola sepak negara kita? Prestasi murudum skuad negara kalah bertemu hong kong dan seri bertemu Bangladesh semalam.

Kita masih tertanya-tanya adakah skuad bolasepak negara kita dapat mengekalkan kejuaraan Piala Suzuki AFF tahun ini. Jika dilihat dari prestasi sekarang, memang sukar kita nak mempertahankannya.
Apakah yang bermain dalam fikiran jurulatih negara kita K.Rajagopal? Selama 2 tahun masih meneruskan eksperimennya? Eksperimen, eksperimen,eksperimen!!! Peminat sudah jemu. Tinggal lagi beberapa hari pun masih eksperimen?? ? Bahaya, bahaya. Akan tetapi jika K.Rajagopal dapat membuktikannya dengan mempertahankan gelaran juara memang aku tabikla kat dia.




Bagi pendapat sayalah, eksperimen dalam pemilihan pemain paling lama pun setahun. Dalam setahun tu kita cari pemain yang terbaik. Kemudian, kita latih skuad yang kita telah pilih selama setahun tu dengan perlawanan perlawanan supaya mereka serasi bermain antara satu sama lain. Dalam permainan bola sepak yang penting adalah keserasian pemain dan pemain pemain boleh memahami corak dan cara permainan rakan sepasukan. Ini adalah pendapat saya dari pengamatan melihat cara negara lain.

Sebenarnya banyak pemain Malaysia yang berkebolehan. Cuma pendekatannya yang bagi saya tak betul. Kekalahan demi kekalahan atas nama “eksperimen”  menjatuhkan kedudukan Malaysia dalam ranking dunia. Sepatutnya ranking inilah yang perlu dinaikkan supaya ada pemain Malaysia yang boleh permain di luar negara contohnya EPL, La Liga, Liga Itali. Atas sebab ranking pemain Malaysia yang layak tidak dapat pergi. Alangkah sayangnya…


Apapun aku tetap sokong pasukan negara kita. Janji pasukan negara menunjukkan semgat berlawan. Jangan kalah mudah dahla. Memang aku dah tau apa keputusannyala.. Teruskan semangat harimau kita.

BERJUANG HARIMAU MALAYA!!!



0 ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih ;)