Pages

Rabu, 21 November 2012

Kerja Kerja Kerja !!! Chelsea Chelsea Chelsea!!!



Hidup aku sekarang dipenuhi dengan kerja. Balik rumah tengok tv dan tido.. Hahahaha. Aku happy dengan kerja sekarang. Baru tadi aku dapat lagi satu projek baru. Owner projek ni Gail India Limited. Syarikat dari India.. Client aku Kupps & Sachs dari Singapore. 3 Tank petrochemical. Tiga-tiga besar.


Aku harap projek ni berjalan lancarla hendaknya. Bukan senang nak layan client company Singapore ni. Layankan jer. Tak buat tak tahu. Betul tak? Masalah bukan penghalang, tetapi masalah adalah peransang. Inilah namanya pengalaman.


Apala nak jadi dengan Chelsea. Semalam kalah dengan Juventus 3-0 sekaligus nasib semuanya terletak pada perlawanan terakhir. Perlawanan terakhir Chelsea kena menang dan mengharapkan Juventus kalah kepada Shaktar Doneskt.


Yang menyedihkan. Tak sampai setahun RDM menjadi pengurus Chelsea, dengan kekalahan pagi tadi beliau kena pecat. Memang dah nasib kalau jadi pengurus Chelsea dibawah era Roman ni. Siapalah pengurus seterusnya. Antara calon-calonnya ialah :

       Rafael Benitez - Merupakan pengurus yang berkualiti,mmbimbing liverpool memenangi UCL 2 kali.


Joechim Loew - Pernah dikaitkan bersama Chelsea apabila AVB dipecat season lepas.Teruja dengan tawaran itu namun meneruskan kerjanya bersama Skuad Kebangsaan Jerman.


Pep Guardiola - Dia mengatakan bahawa dia berminat menjadi pengurus Chelsea.Harap2 ia akan menjadi kenyataan,Coach yang susah ditemui.

Aku harap Pep Guardiola la yang jadi pengurus Chelsea lepas ni. Apapun tunggu dan lihat sahaja. Walau apapun yang terjadi aku tetap fan Chelsea !!!

Keep The Blue Flag Flying High !!!!


0 ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih ;)